Semua Sihat?. "AlhamDulillah". Bersyukurlah sebab Awak2 Semua ini masih diberi Nafas untuk menyedut udara di dunia. Bersyukurlah kerana setiap degupan jantung itu ialah satu nikmat yang cukup besar yang telah diberikan Oleh Allah Subahanahu Wata'ala.Baiklah. Topik kita apa Hari ini kawan kawan?. Tentan perasaan cinta dan sayang terhadap Sahabat sendiri.
Tahu tak Kawan Kawan?. Apa maksud Sahabat Yang sebenar benarnya. Ianya bukan bermaksud, apabila kita bahagia atau sedih, dia sentiasa bersama kita.. TAK!. Sama sekali tidak!. Kenapa Saya Cakap macam itu?. Kerana sahabat itu mungkin akan muak dengan sikap kita dan akan pergi mencari kebahagiaan Lain.. NauzuBillahiMinzalik!.
Sahabat Sejati ialah Seseorang yang menerima Kelemahan yang ada pada kawannya dan sedia menghadapi setiap kelemahan kawannya Untuk ditanggung.Kenapa saya berkata begitu?. Ketahuilah wahai rakan rakan semua. Memang orang kata, Sahabat yang baik adalah Sahabat yang setia bersama kita apabila kita susah dan senang!. TETAPI!. Mereka sering mengeluh akan kelemahan kita. Contoh: Aminah dan Azirah sahabat baik. Mereka sentiasa bersama2 walaupun dalam keadaan susah dan senang. Tetapi, Azirah ini mempunyai satu kelemahan, iaitu dia seorang yang mempunyai masalah bau badan. Disebabkan Azira sering tidak disenangi orang ramai, maka Aminah pun tak teragak agak untuk meninggalkan sahabatnya itu.
Ha?!. Nampak tak?!. Kalau Azirah seorang sahabat yang baik. Dia akan membantu Aminah dengan baik.. Contoh : "Aminah, saya ada beli shampoo terbaru, iaitu shampoo badan Lifebuoy. Awak cubalah pakai, mungkin nanti penyakit awak tu hilang sedikit". Kata Azirah. Sepatutnya Begitu kawan kawan. Memabantu mencari jalan penyelesaian bagi masalah kawan Sendiri.
Baiklah Kawan kawanku yang disayangi ini. Saya ada cerita sedikit tentang pengalaman saya berkawan dengan orang yang Pemahamannya lain. Maksud pemahaman lain itu ialah Saya di bawah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala dia seorang Wahabi.(Kalau yang tak tahu boleh dapatkan maklumat dari ustaz2 atau Ustazah2), Baiklah. Wahabi ini orang kata pemahaman mereka Sesat. Bagaimana saya boleh begitu rapat dengan seseorang yang dikatakan sesat?. SEBAB!. Seorang Sahabat ialah mereka menerima KELEMAHAN sahabat mereka sendiri. So, apa nak buat sekarang?. nak Tinggalkan kawan saya ke?. tidak tidak tidak...
Maryam. Dia ialah kawan saya yang dikatakan Wahabi. Banyak kali jugalah kita hampir bertengkar tentang lain pendapat ini. Dia sering kata orang "Bid'ah". Yaitu sesat. Dia pernah cakap dengan saya begitu. Tapi apa saya jawab?. "Awak, itu pemahaman awak, kita tak boleh ikut seratus peratus, dan tolong jangan disebabkan benda ini kami bergaduh". Itu Sahaja. Terus kami bersahabt macam biasa. Maryam pernah kata yang dia tidak sambut Maulidur Rasul, kerana dia kata "Nabi tak ajar". Masa tu betul betul saya tidak tahu yang dia tu Wahabi. sekarang, apa yang dikatakan semua saya anggap seperti angin yang berlalu.. ~~~~ Weee.. :)
Sekarang. Kawan kawan semua dah faham apa yang dimaksudkan dengan sahabat?. Sekian terima kasih kerana membaca kisah saya yang ringkas ini. Yang salah datang dari kesilapan saya sendiri, yang baik baik itu semua dari Allah. Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. :)
sEmoga Anda sEmua tErhibur dengan mambaca Blog sAya :).